Monday, April 9, 2012

Pada Suatu Hari.......

Suatu Hari???
Ya, baru hari nie aku update blog yang dah terbiar bagai rumput di tepi jalan nie!
Uiseh..ayat yang ntah apa-apa, ahakz! (^_^)

Tapi aku sendiri pun tak taw la maw post apa dalam blog aku nie, mungkin aku perlu kena pikirkan dan imbas balik kenapa aku buat blog nie.. Actually, this blog for my own opinion and what i do everyday, but sometimes its kinda personal...So, i just ignored it for my own reason.

So, aku maw imbas balik memori-memori sepanjang aku tak update blog nie...

WORKING LIFE
Ahh...KERJA! Perkara yang paling aku suka tapi kadang-kadang tue bikin kepala gue pusing! Sebabnya best tiap-tiap bulan ada duit@gaji, perkara biasa bagi orang yang dah bekerja janji rajin dan buat kerja. Tapi semenjak aku berhenti dari D'One Mart, aku rindu plak maw dapat gaji OT nie...tapi macam biasa la, gaji kat kedai nie memang cukup-cukup makan jak tapi klaw dicampur ngan gaji OT memang lumayan dan sentiasa mencukupi hingga hujung bulan (kadang-kadang tak sampai hujung bulan pun..).
Sekarang aku bekerja lain bidang dan lain industri, awesome! Wehaya Sdn Bhd, nie la nama company di tempat aku bekerja. At first, aku langsung tak kenal pun nama company nie, rupanya company Oil n Gas juga. Tapi cuma kuli-kuli saja, maklum la client semua dari Shell, Petronas, and etc. Pertama kali aku melangkah masuk dalam opis nie, aku rasa awkward, pelik, terasing pun ada juga, maklum la tak kenal sapa-sapa pun, cian nya.... Tapi setelah seminggu aku berada dalam opis nie, baru aku rasa selesa sikit, sebab baru nak kenal-kenal..Tapi tak la ambil masa yang lama sebab di opis nie hanya kami bertiga. Tiga jak?!? Yup, its true! Kak Tiena, Leslie and me.. (^_^)
Bercerita pasal office mate aku nie, Kak Tiena seorang yang memang peramah gila. Memang sejuk ja hati dengar dia bercerita, tapi kadang-kadang tue garang juga (selalu marah-marah dalam telefon@pasal keja urgent..hehehe). Klaw ke Miri, ngan Kak Tiena la aku selalu bersama, mana ada orang lain lagi.. Kak Tiena banyak mengajar aku ketika aku mula-mula masuk, aku memang zero habis pasal kerja-kerja admin n operation nie. Nasib baik la aku nie memang cepat tangkap, pendek kata Fast Learner, Eh, terpuji diri sendiri la plak! LOL! Tapi kerja ku bukan setakat damin saja, termasuk la operation, logistic pun ada, admin, dan pasal account pun ada juga sikit-sikit. Pening-pening.....owh ya, lupa nak mention tadi, aku under department Petroservices. Bos aku kat Miri, kiranya mentor aku pun kat Miri la. Apa-apa yang berkaitan pekerjaan ku sumanya berkaitan ngan Miri juga.
Okie, tentang mamat sorang nie plak, Leslie Jelian Lawrence. Pelik sikit kan namanya, apa taknya bangsa Iban. (Mummy aku pun Iban juga,tapi dah mix) Dia kena transfer dari Miri ke Labuan sebagai Co-Ordinator di Labuan. Dia bawa sekali ngan isterinya ke Labuan nie. Leslie nie okie juga, tapi mula-mula memang dingin la, tak kenal kan.. Tapi lama-lama tue memang okie, klaw dah datang mood nak bercerita memang panjang berjela-jela ceritanya. Tapi klaw dah moody, kita soal 1..dia jawab 1 la ceritanya..hehe. Klaw dah bertelefon ngan orang Miri, memang terkeluar la bahasa ibunda dia tue..sampai aku ngan Kak Tiena macam dah paham sikit-sikit bahasa Iban nie, NEMU TAI? Ahakz!


FAMILIA
Daddy, Mummy, Nurul & Sabreena!
Sabreena, my cute little sister, this month she turn 4 years old! Happy birthday Cinta (nama panggilan Sabreena), May Allah bless u always and hope you'll be a healthy little gurl!
Walaupun Cinta nie Syndrom-Down, dia nie over pintar sebenarnya. Umur 2 tahun dah pndai sebut sikit-sikit perkataan yang simple, tapi kat hujung jak..hehe. Klaw ikut budak macam Cinta nie, memang lambat sikit...tapi kami semua untung sebab Cinta ada la paling pintar dan paling cepat belajar di kalangannya. PROUD! (^_^)
Nurul, my second sister. This month she's going to Kuching untuk pemeriksaan lanjut kansernya. Dah 4 tahun dia hidup ngan penyakit yang tidak dapat diubati, KANSER. Harap-harap tak ada apa-apa la kali nie, tapi dia selalu mngadu kesakitan kebelakangan nie, aku taw suatu hari nanti dia mesti pergi meninggalkan kami, cuma masanya hanya Allah saja yang taw. Kami sentiasa mendoakan kesihatan dan kehidupannya sentiasa gembira dan harapnya tiada penyesalan. Permintaan terakhirnya pun dah ditunaikan juga pada Jun 2010, dia berkahwin ngan teman lelakinya yang menerimanya seadanya. Cuma satu saja yang mungkin @ tak mungkin terjadi, ANAK. Dia memang maw anak, tapi keadaannya memang tak mengizinkan dan high risk. Wallahualam..hanya Allah saja yang taw bila perkara ini akan terjadi.
Daddy and mummy, my tough parents ever! Love u both even though you two can't see it, but honestly I really love u both! Even you're wrong, i'll ignore it (sometimes), but sometimes i'll fight/argue with you, sometimes i raise my voice, sometimes i disobey you, sometimes i hate you, sometimes i feel so annoying, sometimes i lie to you... I'm so sorry what I've done wrong, please forgive me Dad and Mum... I'm still struggle to be a good daughter for u two, I know you'll be hoping to me one day. Just pray for me, love u both!

LOVE LIFE
L.O.V.E
Is this really exist at all?
Kenapa persoalan tue yang aku tanya, maklum la..aku susah maw percaya benda-benda macam nie, aku takut dikecewakan...lagi! Huhu..
Adik aku cakap "ko nie sepatutnya dah ada boyfren, yang boleh buat laki..tapi aku tengok ko nie macam single memanjang jak. Maw cakap tak laku, mustahil plak.. Apa yang ko maw nie?.."
Aku jawab "Entah..."
Hmm..bagusnya jawapan aku. Aku pun terkedu ngan soalan cepumas adik aku tue, tapi klaw dipikir-pikirkan, ada betulnya juga..lama juga aku single, ada pun yang maw tapi sekejap maw sekejap tak maw. Alang-alang, aku dah tak maw teruskan lagi, penat!
So, kesimpulannya aku pun tak taw lagi apa yang Allah telah tulis untuk aku. Futhermore, aku still muda lagi. Aku teruskan kehidupan nie ngan gembiranya di samping familia ngan friends!


Eh-eh, banyaknya aku merepek nie! What ever, yang penting semua memori dapat di imbas balik, flashback gitu! Haha! So, i'll leave you with this Bla,bla,bla post..until the next post I guess. Chaw, Assalamualaikum...





Monday, March 7, 2011

HOT!!!!

Sedang aku duduk2 kat meja Customer service aku tadi, tetiba plak aku nampak sorang pompuan masuk kat kedai... Pakai cermin mata hitam (RayBand style yg sangat2 famous sekarang nie), pakai baju hitam ketat, ngan seluar pendek bwarna merah terang(memang menggoda) ngan kasut flat bwarna hitam.. Aku begitu tergugat tgk badannya yg kecil ngan curve yg sangat2 cantik & HOT.. Mengingatkan aku ngan azamku untuk menguruskan lg badanku yg memang dah chubby sangat2 nie(Sedih taw...). I want to be like her! Chayo2 Nniesa!!! U can do it!!!

Friday, February 4, 2011

Second Day CNY

Fuhhh! Exhausted! Tue la ayat yang boleh aku cakap time nie..punya la penat! Rasanya ada juga 4-5 buah rumah dalam 1 hari...Aunty2 aku nie cerita2 punya la lama,maklum la lama tak jumpa.. Kami nie pun nasib la suma kazen2 aku nie best gila! Ada kazen aku, Zana, baru sampai dari KL semalam, terus join kami beraya terus esoknya.. Sepatutnya, esok dorang g CNY juga tapi aku tak dapat la plak join sebab aku kena kerja esok!! aduh...tak best la gini,tapi apa boleh wat la yg pentingnya malamnya aku dapat join g rumah aunty aku! Mertua dia open house esok malam,ada juga perut aku maw makan esok malam..heheh! Apa pun,best tadi bergambar2 ngan kazen2 aku...dah lama tak bergambar ngan dorang,ada juga la koleksi maw dkumpul..hehe! Mungkin hari Ahad baru upload gambar CNY okie?.. Chaw dulu, Asslamualaikum...

First Day CNY

CNY!!!
Happynya hari nie, at last ada juga yang bawa aku jalan-jalan sempena ngan CNY nie.. Aunty aku bawa gi rumah uncle aku yang beragama Buddha tue. Dapat juga makan free tadi,tak payah la masak-masak kat rumah..hehe! Makan-makan, story-story ngan kazen2 aku, aunty2 aku, last2..dapat juga Ang Pow dari aunty aku..Thanks aunty!! Pastue jalan2 gi umah saudara yang lain-lain lagi dapat la juga sikit lagi Ang Pow.. Actually, CNY ada la hari2 yang aku tunggu hampir setiap tahun dari sejak aku kecik lagi, bukan apa...taw la time kecik2 nie, Ang Pow ja dalam pikiran..hehe! Pastue yang paling disuka lagi, tarian Singa yang datang ke rumah2.. Sampai sekarang pun, masi lagi suka tengok! (Macam budak2 plak..hehe)


Thursday, February 3, 2011

CNY

Here we go again, Chinese New Year datang kembali memeriahkan suasana sekitar rumah aku... Maklum la,sekitar rumah aku nie punya la banyak orang Cina! (Sendiri tak sedar diri, sendiri pun Cina juga!!! Wakakaka!!) Arrgghhh...tension betul la dengar bunyi mercun nie! (Padahal,jeles!) Bukannya apa, aku teringat ngan mendiang nenek aku yang berbangsa Cina, nenek dari sebelah Daddy ku.. Kalau dah nak dekat CNY nie, uiii...bukan main lagi suruh-suruh Mummyku ngan kami-kami sekali menggantung semua tanglung-tanglung nya yang bermacam-macam bentuk dan berwarna merah! Yang paling best sekali dapat Ang Pow! Nice! I like it! Hehe.. Sekarang semuanya tinggal kenangan... Nenek aku dah meninggalkan kami semua pada tahun 2006..(Seingat aku la..) Time tue aku masih lagi muda remaja, hehe... Sekarang, kalau dah kawin pun mungkin dah banyak anak kot! (Ye ker?) Aku betul-betul rindukan suasana CNY yang meriah, semua ahli keluarga kami akan berkumpul nie, suma pakai baju warna merah, berlawa-lawa, bercantik-cantik, baju baru, rambut baru... Ah,sumanya terlalu indah! Best sangat-sangat! CNY sekarang nie tahun 2011 macam hambar la plak, macam tak ada sambutan ja.. Ada uncle aku yang beragama Buddha, pun nampaknya macam tak panggil ja..hehe.. (Padahal, ingat Ang Pow ja..hehe) Apa-apa pun, aku harap suma famili aku sumanya berbahagia dan bergembira sempena CNY nie... Happy Chinese New Year!!!!!!!

Saturday, January 22, 2011

D.I.E.T

Today, i found tiz at Berita Harian Online. Like to read about tiz coz i'm actually doin it!

Mencontohi tabiat, cara makan Rasulullah

Diet seimbang, amalan pemakanan sihat pelihara Muslim daripada serangan penyakit

KESEMPURNAAN Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda. Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya ialah sabda Baginda bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”

Daripada Aisyah, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari ).

Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Jika terlalu banyak makan daging akan memberi kesan kepada sendi dan ginjal. Saidina Umar memperingatkan: “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak.”

Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Humaka’ ada berkata: “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan.”

Berita Harian Online | Facebook tawar saham awam AS$1.5 bilion

Berita Harian Online | Facebook tawar saham awam AS$1.5 bilion