Monday, March 7, 2011

HOT!!!!

Sedang aku duduk2 kat meja Customer service aku tadi, tetiba plak aku nampak sorang pompuan masuk kat kedai... Pakai cermin mata hitam (RayBand style yg sangat2 famous sekarang nie), pakai baju hitam ketat, ngan seluar pendek bwarna merah terang(memang menggoda) ngan kasut flat bwarna hitam.. Aku begitu tergugat tgk badannya yg kecil ngan curve yg sangat2 cantik & HOT.. Mengingatkan aku ngan azamku untuk menguruskan lg badanku yg memang dah chubby sangat2 nie(Sedih taw...). I want to be like her! Chayo2 Nniesa!!! U can do it!!!

Friday, February 4, 2011

Second Day CNY

Fuhhh! Exhausted! Tue la ayat yang boleh aku cakap time nie..punya la penat! Rasanya ada juga 4-5 buah rumah dalam 1 hari...Aunty2 aku nie cerita2 punya la lama,maklum la lama tak jumpa.. Kami nie pun nasib la suma kazen2 aku nie best gila! Ada kazen aku, Zana, baru sampai dari KL semalam, terus join kami beraya terus esoknya.. Sepatutnya, esok dorang g CNY juga tapi aku tak dapat la plak join sebab aku kena kerja esok!! aduh...tak best la gini,tapi apa boleh wat la yg pentingnya malamnya aku dapat join g rumah aunty aku! Mertua dia open house esok malam,ada juga perut aku maw makan esok malam..heheh! Apa pun,best tadi bergambar2 ngan kazen2 aku...dah lama tak bergambar ngan dorang,ada juga la koleksi maw dkumpul..hehe! Mungkin hari Ahad baru upload gambar CNY okie?.. Chaw dulu, Asslamualaikum...

First Day CNY

CNY!!!
Happynya hari nie, at last ada juga yang bawa aku jalan-jalan sempena ngan CNY nie.. Aunty aku bawa gi rumah uncle aku yang beragama Buddha tue. Dapat juga makan free tadi,tak payah la masak-masak kat rumah..hehe! Makan-makan, story-story ngan kazen2 aku, aunty2 aku, last2..dapat juga Ang Pow dari aunty aku..Thanks aunty!! Pastue jalan2 gi umah saudara yang lain-lain lagi dapat la juga sikit lagi Ang Pow.. Actually, CNY ada la hari2 yang aku tunggu hampir setiap tahun dari sejak aku kecik lagi, bukan apa...taw la time kecik2 nie, Ang Pow ja dalam pikiran..hehe! Pastue yang paling disuka lagi, tarian Singa yang datang ke rumah2.. Sampai sekarang pun, masi lagi suka tengok! (Macam budak2 plak..hehe)


Thursday, February 3, 2011

CNY

Here we go again, Chinese New Year datang kembali memeriahkan suasana sekitar rumah aku... Maklum la,sekitar rumah aku nie punya la banyak orang Cina! (Sendiri tak sedar diri, sendiri pun Cina juga!!! Wakakaka!!) Arrgghhh...tension betul la dengar bunyi mercun nie! (Padahal,jeles!) Bukannya apa, aku teringat ngan mendiang nenek aku yang berbangsa Cina, nenek dari sebelah Daddy ku.. Kalau dah nak dekat CNY nie, uiii...bukan main lagi suruh-suruh Mummyku ngan kami-kami sekali menggantung semua tanglung-tanglung nya yang bermacam-macam bentuk dan berwarna merah! Yang paling best sekali dapat Ang Pow! Nice! I like it! Hehe.. Sekarang semuanya tinggal kenangan... Nenek aku dah meninggalkan kami semua pada tahun 2006..(Seingat aku la..) Time tue aku masih lagi muda remaja, hehe... Sekarang, kalau dah kawin pun mungkin dah banyak anak kot! (Ye ker?) Aku betul-betul rindukan suasana CNY yang meriah, semua ahli keluarga kami akan berkumpul nie, suma pakai baju warna merah, berlawa-lawa, bercantik-cantik, baju baru, rambut baru... Ah,sumanya terlalu indah! Best sangat-sangat! CNY sekarang nie tahun 2011 macam hambar la plak, macam tak ada sambutan ja.. Ada uncle aku yang beragama Buddha, pun nampaknya macam tak panggil ja..hehe.. (Padahal, ingat Ang Pow ja..hehe) Apa-apa pun, aku harap suma famili aku sumanya berbahagia dan bergembira sempena CNY nie... Happy Chinese New Year!!!!!!!

Saturday, January 22, 2011

D.I.E.T

Today, i found tiz at Berita Harian Online. Like to read about tiz coz i'm actually doin it!

Mencontohi tabiat, cara makan Rasulullah

Diet seimbang, amalan pemakanan sihat pelihara Muslim daripada serangan penyakit

KESEMPURNAAN Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda. Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya ialah sabda Baginda bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”

Daripada Aisyah, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari ).

Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Jika terlalu banyak makan daging akan memberi kesan kepada sendi dan ginjal. Saidina Umar memperingatkan: “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak.”

Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Humaka’ ada berkata: “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan.”

Berita Harian Online | Facebook tawar saham awam AS$1.5 bilion

Berita Harian Online | Facebook tawar saham awam AS$1.5 bilion

Saturday, January 15, 2011

Handphone

Aduh...handphone ku rosak la plak.. Tinggal la handphone lama yang masih setia berkhidmat untukku.. NOKIA 6070, good job! Nasib baik handphone lama nie ada,klaw tak ada..habis la aku tak dapat dihubungi langsung.. Bukannya tak dapat pakai 1 handphone ja, tapi masalahnya aku ada 2 simkad.. DIGI and CELCOM... Lebih jimat kalau pakai 2 simkad nie berbanding pakai 1 simkad ja..bagi aku la..hehehehe... Mummy aku kata, aku nie makan handphone..sumanya rosak di tangan aku.. Aduh,mana la aku taw handphone tue maw rosak..mungkin byk kali sangat jatuh kot..heheheheh... Maklum la,aku nie ganas sikit walaupun rupa macam ayu-ayu..hahaha!!! Perasan!!! Apa-apa pun, handphone SONY ERICSON c510 yang dah rosak tue, aku dah minta tolong kawan aku baiki..dia kata boleh dibaiki lagi..cuma ada part2 yang mesti diganti... dan yang paling bagusnya, ianya FREE!!!! I like it!!! Mungkin dalam masa terdekat nie handphone dah siap dibaiki...happynya!!! Actually, handphone tue hak milik mummyku... tapi dia bagi untuk aku..cuma baterinya saja yang mesti diganti sebab dah rosak..jadi lepas nie, aku boleh ganti bateri tue dan gunakannya ngan gumbira! hahahah!!

Friday, January 7, 2011

2011






Happy New Year!!!!

Time malam tahun baru ari tue saya telah dipaksa balik kampung mummy...tp at last, sendiri jugak yg syok..haha! Coz banyak family celebrate malam tue.. so, wat we do only eat,eat,eat!!! Love u all my dear c0usins, uncles, aunties, nieces & nephews!!!!!!! Muuuaaaaaaxxxxx!!!!